Thursday, February 17, 2011

Kelas Coklat kali ini dihadiri oleh Kak Fadzilah dari Sungai Besi dan Nazirah dari UPM.
Dengar citer, Kak Fadzilah ni dah dapat tempahan pertunangan selepas kawan dia tahu yang Kak Fadzilah ni nak datang kelas coklat. Beruntung betul, belum datang kelas dah ada customer. hehe
Nazirah ni pula dah ada plan nak meniaga coklat kt UPM. Wahh market besar la camni, coz student-student skrang ni memang suka makan coklat.

Mudah-mudahan apa yang saya ajar boleh dimanfatkan bersama.


Tempahan kali ini dibuat oleh rakan saya, Fariza dari Ampang.
Tempahan yang dibuat adalah 1 set Birthday (Theme hijau-pink) dan 15 box choc oreo buat makan-makan.
Set Birthday ni adalah untuk adik beliau.
Terima kasih yerh order, len kali order la lagi. hehehe (^___^)



Monday, February 7, 2011

KELAS COKLAT

KELAS COKLAT telah diBUKA semula

Antara perkara-perkara yang akan diajar:

1. Diajar teknik ‘Tempering’ secara manual bagi coklat CONVERTER (gred A)
2. Diajar teknik-teknik membuat filling / inti (mocha, strawberry, mint, kacang, biskut oreo, dll)
3. Diajar teknik membuat coklat COMPOUND
4. Diajar teknik mewarna dengan betul bg coklat paraline, dan coklat oreo.
5. Diajar teknik ‘tranfer sheet dan edible secara manual.
6. Diajar teknik membuat dan mewarnakan lollichoc.
7. Diberi penerangan dalam penjagaan mould / cetakan dirumah.
8. Diajar jenis-jenis pembukusan yang baik.
9. Diberi senarai alamat pembekal coklat.
10. Jamuan tengah hari disediakan.
11. Semua coklat dan fillng yang dipelajari akan dibawa pulang.

Lokasi: Ampang (5 minit dari Hospital Ampang)
Masa: 10 pagi hingga 4 petang
Bayaran: RM180 seorang (Termasuk Makan Tengah Hari)

Tarikh kelas coklat yang saya adakan:

1) 14/2/11 (isnin) - 3 kekosongan
2) 15/2/11(selasa) - 2 kekosongan, (Fadzilah Mokhtar)
4) 20/2/11 (ahad) - 3 kekosongan
5) 21/2/11 (isnin) - 3 kekosongan



Deposit RM50 bagi booking kelas. Maybank: 164285560047 (Noor Suzila binti Mohamad Mohtar).

Bagi yang berminat untuk sertai kelas coklat ini, boleh la hubungi saya melalui:-
Email: suzilacollection@gmail.com ATAU SMS/Call: 012-2445492

Kelas ini akan dibuat dirumah saya di Ampang. Alamat dan Peta untuk ke rumah saya akan diberikan selepas confirm untuk hadir ke kelas telah dibuat. Dan JANGAN LUPA bawak APRON yerh..

***Peringatan!! : Anda tidak dibenarkan membawa teman /rakan/anak bagi memberi keselesaan bersama.

Thursday, February 3, 2011

Kelas Coklat kali ini dihadiri oleh makcik kepada kawan sy Fida dari Bangi. (Yg kiri tu je student saya yerh, yang sorang lagi tukang makan). hihihi. Akak ni pun ada jugak jual cupcakes. Dengar cite sampai beratus-ratus dia ambik order. Mesti masyukk.. hehe. Apa pun, good luck to akak @ makcik kepada fida.

Sekarang sy menerima tempahan Marshmallow Coklat.
Ada 2 jenis -- 3pcs/stick atau 2pcs/stick. Jenis coklat plak korang boleh request, samaada nak letak coklat susu atau coklat putih. Harga sama jerh. Yang pernting, dijamin SEDAPPPP.
Kalau berminat, boleh hubungi saya yerh.



Contoh marshmallow coklat 2pcs/stick

Ni la antara hasil marshmallow coklat yang baru saya siapkan.



Saya juga menerima tempahan DADIH. So kalau ada yang nak buat tambah-tambah pencuci mulut untuk apa-apa majlis, boleh la tempah dadih ni kat saya. Boleh request apa-apa perisa k. Saiz pun boleh request, samaada yg besar atau kecil. Harga pulak standart cam kat luar, saya cuma tolong buat jerh. =D

Dadih saiz kecik.

Wednesday, February 2, 2011



Tempahan Set Hantaran kali ni adalah dari Juliana (Kalau tak silap nama la.hihi). Liana tempah 2 set. 1 untuk belah perempuan, 1 untuk belah lelaki. Theme: (biru - putih) dan (merah - putih)
Set hantaran ni adalah sempena Majlis Pertunangan beliau yang di adakan pada bulan 2 ni. Mudah-mudahan hubungan liana dan tunang akan ke jinjang pelamin dan hingga ke ahir hayat. Insyaallah. Aminn.

Sunday, January 23, 2011

Kali ni suzi buat coklat khas utk kawan suzi yang sama-sama belajar kt teknik gombak dulu (2001-2002). Nama di Ladynoe. Kalau tanya bebudak SMTG 1st batch, diorang confirm kenal ngn awek brutal nih.haha
Coklat ni as souvenir sempena Majlis Hari Jadi anak dia, "Sabrina kekasih lama" yang ke 1 tahun.
Mudah-mudahan Puan Noe kite akan terus menjadi ibu yang rock+penyanyang. Dan Sabrina pula akan menjadi anak yang akan menghormati ibu bapa sampai bila-bila. Insyaallah. Amin.

Tempahan kali ini datangnya dari Aishah dari Shah Alam.
Antara tempahan yang dibuat adalah 3 set Hantaran (Theme Turquoise, Merah, & Pink)
Selain itu, tambahan 50 box - 2pcs rose/box (Turquoise - Pink) untuk souvenir.

Semua tempahan ini adalah untuk Majlis Pertunangan serentak antara beliau dan adiknya. Sebab tu tempah set hantaran sampai 3 set. hehe. Mudah-mudahan majlis berjalan dengan lancar.


Wednesday, December 29, 2010

Set Hantaran ni adalah buat Cik Nurul Aini Akma a.k.a Hello Kitty Princess.
Tema Pink-Putih. Hantaran sempena majlis perkahwinannya yang akan berlangsung 31 Desember 2010 ini. Semoga berbahagia dengan en.Abang hingga akhir hayat. Insyaallah..Aminn..

Tempahan Coklat oleh Amylia dari Putrajaya. Ini adalah repeat order oleh Amylia.
100 box - 2pcs cute rose (Choc Putih - Choc Susu)
Tempahan kali ni adalah untuk souvenir Majlis Pertunangan untuk adik sepupunya pulak. (◕‿◕✿)

Tuesday, December 21, 2010

Tempahan Coklat oleh Syahrom dari Jalan Kelang Lama. Ia untuk souvenir Majlis Pertunangan.
250 box - 2pcs cute rose (Tema Hijau - Putih & Biru - Putih)
Semoga berpuas hati dengan hasil tangan suzi (◕‿◕✿)

Friday, December 10, 2010

Kelas Coklat kali ini dihadiri oleh Hidayah & Ina dari Gombak. Mereka ni kawan, sama2 mengajar di Sekolah Menengah rasanya. Disebabkan cuti sekolah panjang sgt, so 2 orang cikgu ni pun join Kelas Coklat ni.
Lepas ni, kalau sekolah ada apa-apa event, bleh la rebut tender utk supplier souvenir. Dapat gak duit poket. (^__^)

Muka masih bertenaga. hehe.

Hasil tangan Ina

Hasil tangan Hidayah

Wednesday, December 1, 2010

Kelas Coklat kali ini dihadiri oleh Puan Linda Hamzah dari Kota Kemuning, Shah Alam. Cuba teka umur akak ni? Opss tak bleh bg tahu. Yg penting muda dari usia @ 'awet muda'.=).
Kak Linda join kelas coklat ni untuk mengisi masa-masa terluang hujung tahun. Selepas ni, kalau nak tanya apa-apa pasal coklat, bleh la contact suzi k.


Kacau kak...jangan tak kacau. hehehe

Tuesday, November 30, 2010

Tempahan coklat sempena Majlis konvokesyen UiTM. Tema Hijau-Purple

Di order oleh Cik Afidah Hasan iaitu classmate suzi di UiTM. Coklat ni ditempah khas untuk buah hatinya. Nanti da keje..gaji dah besar, sila order choc 35 pcs lk yerh. Tak kan order 25pcs lg kot. hehe (◕‿◕✿)

Suzi baru jumpa box oreo yang boleh letak 4 biji oreo per box.
So sape yang ada budget lebih utk buat souvenir, bleh la tempah choc oreo nih.

Tempahan coklat oleh Diba dari Universiti Malaya untuk Hari Jadi temannya. Ke boyfriend? Opss..suzi teka jerh. Kalau salah, jangan marah. hehehe.
Diba berpuas hati yerh.
(◕‿◕✿)

Tema Pink-Ungu


Sunday, November 28, 2010

Tempahan coklat sempena Majlis Pertunangan. Tema Oren-Putih.

Di order oleh Puan Hidayah dari Shah Alam. Puan Hid ni geng suzi masa diploma dulu, merangkap classmate, housemate, dan roommate. hehe. Lepas ni sila order lagi yerh. Sy kasi special price lagi. huhu. (◕‿◕✿)

Tuesday, October 19, 2010

Pengumuman !!!!

Bagi "Special Gift ChoCz atau Choc Hantaran", saya hanya LIMITkan beberapa order sahaja bagi setiap minggu, so kalau berminat..sila Booked sekarang.

Contoh "Special Gift ChoCz atau Choc Hantaran"

Door Gift ni sempena Majlis Pertunangan.
Di order oleh
Amylia dari Putrajaya. Dia juga rakan Suzi masa Sekolah Teknik dulu.
170 box - 2pcs cute rose (Tema Ungu- Pink)

Majlis pertunangan berlangsung pada 10/10/10 (ahad). Semoga hubungan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat. Aminnn (◕‿◕✿)

Ni adalah gambar yg Amylia berikan pd Suzi selepas majlis pertunangan nya selesai.
Deco Ribbon tu Amylia yg buat sendiri. So cute kn..

Friday, August 27, 2010

Choc Hantaran sempena Majlis Pertunangan (Tema: Pink-Putih)

Di Order oleh cik Fauziah Sipli (Rakan TaeKwanDo suzi masa dulu2.hihi).
Actually dia order choc ni utk sponsor barang hantaran buat seorang sahabat nya yg bernama Amzari.
Cik Fauziah wuitt....asyik order choc utk bagi orang jeh. Bila nk order choc utk buat barang hantaran sendiri?? hihihi. Jangan mareeee

;;